Thursday, June 17, 2010

''turun padang''

Arini teman mak survey penduduk yg x daftar sebagai pemilih lagi. Mak cakap senang nak berurusan dgn org india dari orang melayu. Memang betul pon bila aku sendiri ikut p survey. Tapi aku bukan nak cter pasal ni.actually ktrang adala p survey satu umah india ni,mula2 aku riso gak coz tgok muka dia cam garang jer tapi mak aku lepak je so aku pon follow ar,, apa yg membuatkan aku kagum dengan family ni diorang boley bercakap 3 bahasa, india, hokkien n melayu. Mana x nyer rupanya diorang ni kawen campur india + cina =inna,,haha..gurau jer..

Masa mak aku isikan boring pemilih tu aku borak la dgn perempuan india tu.masa aku borak tu dia dgn 2 anak lelaiki dia tga basuh botol arak.tula mata pencarian dia tuk besarkan anak2 dia yg seramai 7 orang.suami dia keje kilang..tapi baru stat keje sebab baru lpas operate kat bahagian perut dia.

Umur dia muda lagi dalam 37 tahun tapi da ada 7 orang anak terkejut aku..org kata tu rezeki,,,hee,, rupa2nya ada hikmah aku ikut mak aku ‘turun padang’ tinjau penduduk kampong arini..ada lagi orang yang hidup susah skang ni,,bukannya ape, setahu aku negeri Selangor ni negeri termaju tapi apa yg aku tgok depan mata kepala aku mengatakan yang sebaliknya,,ntahla,,ni baru cket yg aku tgok,, xtaula kat luar sana ada yg senasib dgn keluarga ni,,memandangkan mak aku ni biro ape ntah kat taman ni n taman seberang ada banyak jugak la alternative kerajaan negeri selangor ni dah buat tuk membasmi kemiskinan kat negeri ni,, TERIMA KASIH YANG BERHORMAT!!

tapi yang aku kagum dgn org india ni dorang ni rajin,,dorang akan buat apa2 keje alternative tuk bantu keluarga dorang walaupun keje tu cikai2 jer..atleast dorang dapat tambah pendapatan walaupun upah yg dorang dapat xseberapa..bila aku bandingkan dgn orang melayu yg terlalu memilih kerja ni sampai ada yg sanggup mencuri,meragut dan sebagainya wat aku sedih.. xpon dorang menganggur,,huhu,,,
Berbalik kat cter yg dorang amek upah basuh botol arak sebagai mata pencarian untuk membesarkan anak2 aku teringat pulak zaman keluarga aku susah dulu.. nak kata senang sgt skang ni xdela tapi Alhamdulillah rezeki Allah tu melangit luas..

kak palani tu cakap basuh sebotol botol kaca 2sen..ada jugak yg harganya 3sen..kalo satu peti dia akan dapat dalam seringgit.. seringgit jer!!!punyala berlambak aku tengok botol yang nak dibasuh,,,timbul rasa kasihan kat dalam hati aku,, aku ty dia ada mintak bantuan x kat sekolah? Dia cakap da banyak kali tapi xdapat,,since mak aku YDP kat sekolah yang anak2 dia belajar jadi mgkin mak aku bley rekemenkan,,tapi tula standard ar skang ni kan nak dapat bantuan or biasiswa pihak sekolah tgok gak kputusan akademik dorang,,jadi memang ada prob la dr segi tu,,jadi apa yg boleh aku bgtw kat cni ialah dorang kena belajar bersungguh-sungguh tuk dapat bantuan tu,,

Jadi aku rasa ada hikmah aku bawak mak aku p survey arini,,bersyukur sangat coz dapat semangat cket tuk belajar sungguh2 supaya dapat bantu fmly aku nanti,,Insya Allah,,,

N pesanan gak kpd individu yg bertangungjawab tuk ‘turun padang’ supaya melawat dan mengambil berat hal ehwal n keperluan penduduk kampong,, bukan time pilihanraya baru nak tinjau, tunaikan itu la ini la n macam2 janji yg ditaburkan tapi lpas pilihanraya habuk pon takdak,,,

Sunday, April 4, 2010

العقل السليم في الجسم السليم



sesungguhnya aqal yang sihat itu lahir dari tubuh badan yang sihat..

Wednesday, December 30, 2009

kawan pregnant

Da lamer rasenyer ak x menulis dalam blog ak ni. Tetibe dpt smgt nk menaip arini..malm td ak terserempak dgn ex-classmate ak,kak muhdalina.. dia tga pregnant skang ni, 7 bulan… besar jugak la perut dia… skali pandang mcm org xmengandung tp bl 2 kali pandang br perasan dia tu tga pregnant..hehe.. ak tegur dia ms kt umi café.. bese la ak ni le jupe org je msti ak nk tegur sebab ak teringat satu hadis ni yang ada menyebut bhw sesiapa yg ign rezekinya dimurahkan oleh Allah maka hendaklah dia menyambung sillaturrahim.

Dia ajak ak mkn sme2 dgn dia.. jenuh jgk la dia nk pilih makanan. Kalo boley sume dia nak.. maklumlah tga pregnant ni selera makan len coz makan tuk 2 orang kan…hehe…dia suh ak suggestkan makanan yg berkhasiat tuk dia tp ak xtau la ada mkann berkhasiat ke xde ms tu.. bg ak sume ok je.. at last pas kitorang tgk2 tu dia bl laksa and ak tempah tomyam… tu la ak asyk dgn tomyamnye aje.. ms nak byr tu ak Nampak de sis nib l air batu cmpur n terliur jgakla ak pahtu ak bgtw kt kak dalina cm sedap jer abc tu n ak pon bl.. ak da jd cm org pregnant plak sbab mengidam mcm2 mlam tu….

Mase duk mkn tu ak asyk ty pasal baby dalm kandungan dia jer….siap touch lagi.. rase jugakla baby dia gerak2..rase ngilu tgn ak…ttbe terlintas kt fkiran ak, cmnela ak bler pregnant nt kn?mst comel…haha…malm tu ak asyk senyum sorg2 jer ble teringat pertemuan yg xdisangka dgn kak muhdalina.. byk jugakla dia kongsi cter dgan ak ms ktorang mkan tu..pasal ‘baby’ dia,husband dia n abg dia.. tp ak nk cter pasal ‘baby’ dia ni wlpon ni 1st time dia pregnant.. ‘baby’ dia ni cmel sgt n pandai melalui pe yg diceritakan lah..dia pon de tnjuk gambar ‘baby’ dia tu.. dia n husband dia memg syg gler kt ‘baby’ ni smpai org nk bl dgn harga rm400 pon dorang xnk jual.. ‘baby’ yg dimaksudkan kt cni merupakan seeekor kucing sebenarnyer…sje jer wt surprise…hehe..
Hampir satu jam jugak kami berborak n dia mintak izin tuk pulang..b4 tu ak amek gambar dia n ak tuk kenangan coz akak ni da abes blaja..kiranye mgkin ni kali terakhir la ak jpe dgn dia..kalo ada jodoh n pnjg umur insyaAllah jpe lg..by the way,dia de pesan suh ak blaja rjin2 n x lupa jgak dia suh ak cr nama tuk bayi yg bakal dilahirkan bulan 2 nt.nama yg dirancang Muhammad …khawarizmi n tgah2 xtau nk ltak pe…ntah la nt kalo ak de idea ak bgtw la kt dia..akhir pertemuan tu ak salam n cium dia..ak doakan semoga akak ni selamat melahirkan ank di dalam kandungan n smg dia chat wal ‘afiat..

Wednesday, August 19, 2009

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi). Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang saleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini

Persediaan

Cara

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

ihya' ramadhan

salam ramadhan kareem diucapkan kpd semua umat islam di seluruh negara2 islam.
moga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dr ramadhan kita yang lalu.
aku harap ramadhan aku kali ni pn lbh2 baik dr yg dulu. mgkin ni ramadhan aku yg terakhir. sape tau?hy Allah saja yg tahu..

sempena ramadhan yg bakal menjelma ni mahallah aku de wt prgrm yg diberi nama ihya' ramadhan.. mg btl2 ihya' la yew..
aku sebagai biro dakwah n tarbiyah ni la yg boley dikatakan busy ckt la berbanding biro2 yg lain.

prgrm mlm ni pn anjuran dr dakwah n tarbiyah jd ak kne la uruskan serba sedikit ape yg patut. antara tentatif tk mlm ni dimulai dgn quranic recitation, welcoming remarks, launching, multimedia presentation, prize giving ceremony n last but not least special performance..
akhir kata, mg prgrm mkm ni berjalan dgn lancar... amiiin....

Tuesday, May 19, 2009